Ahad, 29 September 2013

AURAT KAUM WANITA




KENAPA AURAT KAUM WANITA LEBIH BANYAK DARI KAUM LELAKI?...

Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.

"Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."

"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."

"Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"

"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!"

"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"

"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?"

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"

Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!"

"Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"

"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!"

"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah... itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"

"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!"







"Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"

"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.




Nikah gantung !



Apa Itu Nikah Gantung?

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebihdahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

*Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
*Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
*Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
*Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam 

menjalani kehidupan seharian .. 

Selasa, 24 September 2013

Mengantuk !

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk:

1) Hampiri Kawasan Bercahaya.
Langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap.

2) Basuh Muka
Cara ini sangat berkesan dan akan serta merta menyegarkan mata anda.

3) Wangian Aromaterapi
Wangian Aromaterapi dikenalpasti dapat mengembalikan semangat kerana bau-bauan segar akan meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk.

4) Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda.

5) Senaman Ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, ‘mematah-matahkan jari’, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkanrasa mengantuk

6) Pandang Pepohon Hijau
Taman hijau dapat menyegarkan permandangan sekaligus dapat menghilangkan rasa mengantuk.

7) Urut
Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala dalam beberapa ketika sahaja anda akan berasa segar dan aktif semula.

Minum Banyak Air
Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat.

9) Amalkan Teknik Pernafasan Betul
Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

10) Berjalan-Jalan
Berhenti rehat seketika dengan bangun berjalan dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.

11) Membaca Ayat Al-Quran
Membaca sepotong ayat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk.

 Apapun selamat mengamalkan tips-tips diatas, semoga dapat mengembalikan semangat anda demi sebuah rezeki yang halal.
 







Ahad, 22 September 2013

Cinta Nur dan Adam


Bismillahi rahmani rahim

Perkongsian Travelog Cinta Nur Adam 

“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..”
Katanya bisik menenangkan hati ana….

……………………………………….......................................................



Alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdulillah. Hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah. Bila diingatkan semula, banyak kenangan yang ana tidak mampu ungkapkan dengan kata-kata, yang tidak mampu ana imaginasi iaitu bila ana mahu fikirkan tentang ini, NIKAH

Teringat betapa sukarnya nak teruskan hidup di bumi anbia, hidup berseorangan; bukannya tiada kawan, ada. Bukannya tiada makanan, ada. Cumanya…apabila Encik Hati telah lama memberi signal pada diri, carilah pasangan untuknya, carilah yang halal untuk nya, carilah insan yang boleh membuatkan hati tersenyum dan berpahala dengan mengingati si dia.. oh hati.. ( mari mengucapkan… Alhamdulillah  )

Maka bersungguh-sungguh ana cuba mencari, mencari orang yang tidak pernah ana kenal. Sebelum ana kenal sang isteri, ana telah taqdim( lamar) seramai 4 orang dalam setahun! Hahaha, geli hati ingatkan semula, memang benar lagi tepatlah kata pepatah

“ rezeki, hidup mati dan jodoh telah ditetapkan Allah swt.. “

Ana tidak kenal siapa cik isteri. Kami berkenalan dua bulan ( sebelum tarikh nikah ) , jumpa hanyalah dua kali.. ini adalah rahsia Allah swt.. yakin kami setiap hari..

Hari itu hari Khamis… seorang sahabat telah perkenalkan sang Isteri ( Nur) kepada ana. Hanya satu gambar, itu pun hanya gambar matanya sahaja, tanpa wajah yang penuh. Kata sahabat, orangnya baik, solehah dan ceria, maka tergeraklah untuk hati ana untuk taqdim Nur. Ana hari itu sahaja, balik dari kuliah jadi stalker -_-“ haha

Stalk sekian post-post nya di fb, komen-komen, gambar-gambar, tenang hati, tiada perkara-perkara yang cacat cela ada, maka ana teruskan niat. Solat istikharah telah pun didirikan. Hari yang sama, terus ana tanya si dia..

“ assalamu’alaikum wbt…”

“ wa’alaikumsalam wbt… ya? “

“ salam perkenalan.. nama ana adam… ana telah lama simpankan hajat di hati… ana berniat untuk menjadikan kamu sebagai pasangan, jika kamu sudi berilah jawapan, ana sudi tunggu…”

Setelah beberapa ketika, mesej berbalas…

“ ..maaf,beri Nur masa boleh? Hari ini sahaja, 4 orang telah datang memberi lamaran..”

Terkedu ana… 4 orang T-T” Ana lihat semula profile nya, Allah Lima ribu lebih friends, satu ribu lebih subscribers. Wahh!! walaupun semangat semakin pudar…

“ baik, ana tunggu jawapan kamu hari Ahad ini ya… “ balas ana untuk memujuk hati…

Setibanya hari Ahad, melihat bulatan hijau di sebelah namanya di muka buku telah pun menyala, maka ana terus bertanya…

“ assalamu’alaikum wbt, bagaimana ya jawapannya… “

“ wa’alaikumsalam wbt, maaf Nur tidak bersedia..Nur tidak bersedia untuk masa ini untuk terima siapa-siapa… “ balasnya dengan rasa kesal kecil di hati…

* kiranya bukan ana sahaja ditolak lamarannya.. bahkan 3 yang lain turut ditolaknya, gembira tapi sedih sangat!

“ tidak mengapa , tiada jodoh rasanya.. ana merancang, kamu merancang, Allah swt juga sebaik-baik Perancang… “ balas dengan hati yang menangis-nangis …sedihnya…

Itulah penutup chat kami pada hari itu…

Hari berlalu, esok nya, lusanya dan tiga hari selepas itu, ana sangkakan hujan sehingga petang, Alhamdulillah Alah swt kurniakan pelangi berwarna warni untuk memujuk hati. Satu mesej hadir..

“ assalamu’alaikum wbt adam… boleh tak kalau Nur nak tarik semula kata-kata Nur tempoh hari…”

Bila terbaca saja ni, Allah !!! gembiranya, syukur Alhamdulillah… rasa nak menangis pun ada…

“ wa’alaikumsalam wbt Nur… gembiranya hati.. baik Nur…..”

Dan terus ana berjanji pada diri ana dan pada diri Nur akan dua perkara..

Pertama, ana jatuhkan pandangan ana pada sekian wanita/akhwat/perempuan, baik wanita itu lebih baik akhlaknya, lebih baik paras wajahnya… ana telah pun memilih Nur ( waktu ini ana masih belum lagi melihat wajahnya… )

Keduanya.. misi pencarian jodoh telah pun ana hentikan , serta merta  ( hihihi)

“ datanglah ke rumah, jumpa abah.. nanti Nur akan khabarkan pada abah .. “

Itulah permulaan chat dan pengakhiran chat dari Nur. Setiap hari ana berdoa moga ini lah keputusan yang terbaik, inilah jodoh terbaik. Ini lah pasangan yang terbaik .. Allah Allah Allah…

Tibanya di Malaysia, 19 Julai, ana siapkan-siapkan diri, tanggal 20 Julai esoknya, terus ana gerakkan diri untuk kali pertama ke negeri Tasik Chini esoknya 21 Julai, akan mula puasa, maka ana tiba di rumahnya pada waktu petang dan abah, menjemput untuk makan malam dan terawih bersama-sama dan sesudah terawih, tepat jam 10.15 malam, maka bermulalah dialog antara bakal menantu dan bakal bapa mentua..

Pada awalnya ana hilangkan rasa segan dalam diri dengan memulakan bicara dengan berbual akan bumi Mesir, buah-buahan, musim-musim di sana dan waktu itu, kali pertama niqab Nur dibuka. Subhanallah, indahnya insan di hadapan mata ana ini.. gembiranya hati,gembiranya!! subhanallah , sangat-sangat cantik dan lawa! So so so beautiful!

Dan ana pun mula bicara dengan abah…

“ …pak cik, tujuan saya datang ke rumah pak cik hanyalah semata-mata kerana ibadah kepada Allah swt… “ mula kecil perbualan ini

“ sebenarnya pak cik, saya suka pada anak pak cik, jujur saya tidak pernah mengenalinya. Hari ini baru kali pertama saya berjumpa dan melihat anak pak cik..”

“ saya suka pada Nur, kalau boleh, saya mahu menjaga nama baik saya, menjaga nama baik keluarga saya, menjaga nama baik Nur, menjaga nama baik keluarga pak cik… “

Ana terhenti berbicara, gugup, loop doop loop dopp bunyi jantung gemuruh, Abah dan Nur dah ketawa kecil lihat reaksi ana. Ana pun tersengih, ana teruskan …

“ kalau boleh…sa..sa…saya….nak jadi menantu pak cik… “ pandang dengan penuh harapan ana pada abah dan penuh kasih sayang.. hihi

* pada asalnya ana cadang nak bertunang saja… namun Alhamdulillah , ana lebih bersungguh apabila sakinah wajahnya membuatkan hati tidak mahu melewatkan-lewatkan pernikahan! 

“ kamu sudah fikir masak-masak? Ini bukan main-main ni.. “balas abah…

“ saya sungguh-sungguh pak cik… “ jawab ana dengan gugup tapi yakin!

“ Nur, kamu suka pada adam tak? “ tanya abah pada anaknya..

Nur hanya memejam mata sambil mengangguk kecil wajahnya ke bawah… gembiranya 


“… baiklah, beri pak cik bincang dengan mak cik, dengan along angah dan adik beradik Nur yang lain.. “

Itulah penutup bicara kami malam itu dan esok, selepas usai solat subuh bersama dengan abah, abah panggil ke ruang tamu bersama-sama along…

“ adam, insyaAllah kami sekeluarga setuju. Jemputlah keluarga datang untuk berjumpa.. “

Wahhhhh!! Gembiranya !! Alhamdulillah… tersenyum lebar adam… Allahu Akbar.. Alhamdulillah!! dan mula dari saat itu.. segala persiapan untuk nikah terus ana sediakan. Alhamdulillah menunggu 31 Ogos hari akad nikah…

Namun dalam hati ana,semakin nak dekat dengan hari nikah, semakin takut dan seram pun ada, terkenang pada awal perkenalan.. ada satu soalan yang ana tidak nampak jawapannya, kenapa Nur pilih ana? Kenapa tidak pilih 3 yang lain ? sedangkan mereka bertiga itu bukan calang-calang orang

1. Presiden BADAR * dirahsiakan badar mana ( Malaysia )
2. Mahasiswa Undang-Undang Semester Terakhir ( Malaysia)
3. Mahasiswa UiTM S.Alam ( Malaysia)
4. Mahasiswa University Of Alexandria (Mesir, ana)

Kenapa ana? Tidak pernah kenal, tidak pernah jumpa, takut ana…


Pada malam setelah selesai kami diijabkabulkan, setelah berwudhu menenangkan hati, menenangkan diri, maka ana bertanya pada sang isteri yang dicintai…

“….. sayang, adam nak tanya, kenapa Adam ya? Kenapa sayang tolak pinangan kami berempat pada awalnya dan kenapa pada akhirnya Adam yang sayang pilih…”

Jawab Nur dengan tenang, bismillah..

“ adam…..”

“ ya Nur… “

“ Nur pilih Adam, Allah swt yang pilihkan… “

“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..” katanya bisik menenangkan hati ana….

“ setiap malam selepas hari itu, setiap hari Nur mimpikan tentang keputusan yang Nur pilih adalah silap… “

“ Nur rasa tidak tenang, Nur rasa resah, Nur rasa tidak cukup dalam diri ini dan setiap malam… Nur termimpikan Adam, walaupun tidak jelas tapi Nur yakin Adam lah ilham yang Allah swt beri… “

Alhamdulillah.. alhamdulillah… alhamdulillah… hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah… ^-^

* hidup ana sangat-sangat Allah swt permudahkan, bila ana tekad sungguh-sungguh untuk nikah, pada waktu dan saat inilah.. terbuka luas rezeki yang sangat-sangat ana tidak duga

Ana mendapat tajaan sebanyak RM 40 k dari kerajaan setelah 3 tahun membuat permohonan dan segala urusan nikah ana , hantaran nikah, baju nikah, cincin nikah dan majlis semuanya fully sponsored! Mak dan bapak ana tidak keluar walaupun satu sen pun , gembira hati ana tidak menyukarkan mereka Alhamdulillah! teringat minggu-minggu sebelum bernikah, ketika bulan Ramadhan, pada waktu malam, berdo’a ana bersungguh-sungguh dengan meyakinkan diri dengan rukun Iman ke 3 iaitu Al Quran, kerana Allah swt berfirman..

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA, kerana Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA), lagi Maha Mengetahui.”

Ayat 32, An-Nur.

Ana pegang sangat ayat ni , dan sesungguhnya Allah swt tidak memungkiri janji , I love You O Allah swt , I love Prophet Muhammad s.a.w, thanks Allah swt for teaching me to be patience, leading me to strive in the road of faith and for giving me a very delightful and beautiful life, Alhamdulillah 

* ini adalah kisah benar( macam cerita hantu pula ana cerita ni, hihi  ), sekadar perkongsian atas permintaan kawan-kawan dan sahabat-sahabat, untuk sahabat-sahabat yang belum bernikah, pilihlah jalan terbaik, nasihat ana untuk kawan-kawan yang selalu bertanya soalan..

Nak nikah atau tidak, jawapan biasa ana,

“ tidak nikah pun bagus, nikah pun bagus, yang tidak bagusnya tidak tahu buat pilihan antara dua-dua itu “

“ dengan nikah, separuh dari agama telah kamu lengkapkan, ada sang isteri/suami sebagai peneman yang setia lagi mencomelkan seri muka pada setiap hari, namun sediakan diri yang untuk menjadi suami, bapa dan ketua keluarga “

“ tak nikah pun bagus, tanggungjawab belum bertambah, boleh rancang hidup dengan dengan kukuhkan asas, namun sediakan diri , perisaikan hati dari godaan syaitan, nafsu dan panahan-panahan yang membawakan diri kearah zina “

Sekian, Travelog Cinta Nur Adam

Wasalam wbt

















 # Kak hafizah dan zauji nyer . Ana suka sangat baca kisah cinta mereka yang dikongsi dalam facebook dan blog . . mereka sangat bahagia dan sweet dengan cinta Allah . :)  Akak hafizah seorang yang cantik berniqab dan comel . zauji nyer pulak seorang yang sporting . mereka memang sepadan . Ana suka sangat akak hafizah sebab dia seorang natural dan tidak tiru style orang .. ana tengok dia , sejuk je mata dop ! haha .
Ana doakan akak dan zauji dimurahkan rezeki dan cepat dapat babyy . haha . nanti bole akak update story anak2 pulak . . mereka sangat sweett . Allahurabbi .. Jazakallahu khairan kathira akak hafizah dan zauji .
Ana minta maaf sekira nyer ana copy gambar akak dan zauji . ❤




Sabtu, 21 September 2013

Isteri yang solehah ❤

Apa yang seorang suami mahukan dari isterinya?
1. Hormati suami - Suami sebagai pemimpin sudah tentu ingin dirinya dihormati dan isteri sebagai pengikut harus dihargai. Justeru itu hormati lah dirinya sekiranya mahu diri kita dihargai.

2. Prihatin pada perasaan - Peka lah dengan perasaan suami dan perasaan kita sendiri. Jika suami berwajah sedih maka itu juga mengambarkan perasaannya. Justeru it
u jangan lah kita menambah kesedihannya tapi kita cuba hiburkan hatinya dengan layanan dan senyuman manis kita.

3. Sentiasa berkomunikasi - Bagi membolehkan suami meluahkan apa jua samada ketidakpuasan hatinya pada kita. Kerana luahan itu lah petua untuk melancarkan sesebuah perhubungan.

4. Jangan tolak permintaan seks - Semua isteri harus tahu bahawa seks adalah antara keperluan utama seorang lelaki.

5. Jadi teman berbual - Perkahwinan itu satu perkongsian maka kongsi lah apa jua perasaan ketika berbual dengan suami. Dan jadi lah pendengar yang setia ada ketika nya...

6. Menjaga amanah suami - Seorang suami pastinya akan berasa bangga dan bahagia memiliki isteri yang mampu mendidik anak menjadi seorang yang bersopan dan baik tingkah laku nya.

7. Belajar menghargai - Suami perlu dihargai terutama diatas penat lelah dirinya menyara keluarga..

8. Patuh pada agama - Walaupun beribu tips yang diberikan untuk menjadi isteri yang baik tidak akan berguna jika sorang isteri itu tidak berpegang pada agama.. Jauhi segala larangan dan taat lah pada perintahNya dan juga suami.. taati lah suami kerana itu lah yang memudahkan isteri untuk mendapatkan syurga.

9. Jaga keterampilan - Seorang isteri perlu lah jaga penampilan tika bersama suami...

Tiada yang lebih membahagiakan bagi seorang suami melainkan memanjatkan rasa kesyukuran dan bertuahnya mereka apabila dikurniakan seorang isteri yang bijak, solehah dan bersederhana...

" Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ( tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) dibelakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka.. (Surah An-Nisa' ayat 34).

Selasa, 17 September 2013

Tudung Labuh ❤

Tudung Labuh..?? (Ambil ikhtibar sayang-sayangku semua) 

SITUASI ZAMAN SEKARANG..

Ehh, sejak bila jadi ustazah ni kak??"

" Amboi, labuh benor tudung alim dah dia sekarang ye??"

" Dia tu ustazah sekolah mana erk?"

" Anak jiran kita tu belajar sekolah agama kat mana? Sekolah pondok ke?"

" Sejak bila pula si A ni pakai tudung labuh?"

:: Tudung labuh tu bukan hak seorang ustazah atau alim ulama, TAPI HAK SEMUA WANITA. Kan?? Tak semestinya tudung labuh sampai nak cecah ke lantai, yang penting menutup dada sepenuhnya dan berpakaian menutup aurat. ::

*Orang Yang Menutup Aurat Tak Semestinya Baik Tetapi Orang Yang Baik Adalah Orang Yang Menutup Aurat .

*Tudung Labuh itu bukan milik USTAZAH. Actually, milik MUSLIMAH. Muslimah yang solehah. Solehah itu bukan diwarisi, kita kena cari..

*Pakai tudung labuh tak wajib . . tapi melabuhkan tudung itu wajib !

~Saya Bertudung Labuh Bukan Atas Niat Untuk Tunjuk ' Alim'
Tapi ..
Awak Kena Faham ...
Saya Nak Bagitau Umum ...

Bahawa Saya Bertudung Labuh Adalah Kerana Ingin Menjaga Maruah Diri Dan Agama ..

Saya Nak Bagitau .. Bahawa Masih Ramai Lagi Orang Di Luar Sana Yang Memperjuangkan Islam !

Saya Nak Bagitahu .. Yang Islam Takkan Pernah Pupus .. Tapi Dia Akan Terus Berkembang ~

Dan Orang Seperti Saya Tak Layan Gangnam Style , Harlem Shake Dan Yang Paling Terbaru GWIYOMI
# Terlalu Terikut Dengan Budaya Luar ..

Dan Apa Yang Saya Nak Semua Orang Tau ..

Saya Tak Pernah Kisah Kalau
Orang Nak Kutuk Saya Kerana Memakai Stoking ..Sarung Tangan Dan Bertudung Labuh

Saya Ulangi ! Tak Pernah Ambil Kisah ... Kerana Saya Tahu ..
Allah Akan Selalu Merahmati Pengorbanan Saya Yang Berpanas Untuk Menutup Aurat

Dan Apa Yang Paling Saya Banggakan Adalah ..

Saya Tak Terus-menerus Terjebak Dengan Maksiat Dan Dosa Kerana Berpakaian Seksi .. Berpegangan Dengan Yang Bukan Halal Bagi Saya ...Dan Sebagainya ..

Bolehkah Awak Cuba Untuk Menghormati Dan Memahami Saya ???

" Harap tudung je LABUH.... perangai..... ??''
Kenapa perlu disalahkan TUDING bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH..??
Tudung tak SALAH..yang SALAH pemakainya...
Dan yang BERTUDUNG LABUH tak semestinya BAIK...BENARLAH.. Tapi kami sudah mecuba sedaya upaya untuk menutup AURAT kami dengan SESEMPURNA yang mungkin..dan ketahuilah dengan bertudung LABUH, kami juga bukan MALAIKAT yang terpelihara dari LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya..,
Kami hanya WANITA akhir zaman yang masih MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini..

p/s : Andai kami SALAH, TEGURLAH..bukan CEMUHAN yang DIBERI..usah disalahkan labuhnya tdung kami..kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN....

Orang pakai purdah ke niqaab ke tudung labuh ke , bukan sebab nak tunjuk kami ni baik sayang .. bukan nak tunjuk diri kami Solehah sayang .. bukn nak habaq kami wanita Syurga sayang ..
Tapi kami nk JADI BAIK , kerana kmi juga jahil .. Kami bukanlah SOLEHAH , tapi kami ingin jadi SOLEHAH ..
Kami tahu kmi tak layak untuk berada di Syurga Allah .. Tapi tak salahkan kami usaha menggapai SYURGA tu? Kerana kami tak sanggup untnk mnanggung azab Neraka Allah ..

Lagi satu perlu ke kami tunjuk diri kami yg SEBENAR hanya untuk tidak digelar hipokrit sehinggakn membuka luas AIB-AIB kami ?
Siapa cakap adik-adik dan akak-akak tak layak pakai macam kami? Semua orang pun boleh sayang .. Tidak dikhususkn orang-orang tertentu untuk memakainya ..
Selagi adik-adik dan akak-akak bergelar HAWA , memang sangat-sangat dialukan .. Tafaddhol kalau nak pakai .. tak ada orang nak halang .. Islam itu sangat mudah dan INDAH sayang .. Jangan kita susahkan ..

-------------------------------------------------------------------------------------





PERSOALANNYA.. ADAKAH SEMUANYA BENAR??


Benarkah wanita solehah dan bertudung labuh ni tak suka bergaul dengan wanita yang solehah juga tapi cuma dia tak pakai tudung labuh?

Benarkah wanita yang bajet solehah ini tak nak bergaul dengan wanita yang dianggap kurang solehah?

Benarkah wanita solehah hanya berusrah dan bergeng dengan orang yang sefikrah dan sepesen dengan dia sahaja?

Benarkah wanita solehah lebih rapat dengan geng-geng khemah dan payung terjun sahaja (maknanya tudung labuhlah, sebab depa punya tudung ni macam superman bila kena tiup angin) ?

Seriously talking,
I found those people above oftenly throughout my life.

Menyebabkan wanita-wanita lain yang nak berhijrah berasa takut nak dekat dengan wanita-wanita solehah ni.

Satu diorang tak ada keyakinan nak berkawan dengan korang
dua rasa tak layak
tiga takut kena bash je dengan korang

Tak macam lelaki, senang masuk
Lelaki tu soleh macam mana pun, penampilan dia tak banyak beza
(stiil ja boleh pakai suar jeans and jaket kulit crocodile)

Tapi kalau perempuan,
Uuu tudung labuh baq hangggg!
Takut aku.

So macam mana?
Muslimah please

Give your own true story

To prove to everyone including me
That
I am tootally wrong.

Will read with pleasure

Berukhuwah kerana Dia, bukan memandang pemakaian semata-mata. Lain orang, lain penceritaannya. Jangan pula memandang mereka yang baru nak berubah ni dengan pandangan tak baik. Hanya Allah yang layak menghakimi seseorang. Sebagai hambaNya, kita wajib mengajak seseorang kepada yang makruf(baik). Dakwah secara lembut itu lebih indah. Wallahu'alam.

Wanita yang betul-betul solehah, boleh masuk dengan semua jenis orang, boleh sebarkan cinta kepada semua wanita lain tanpa membuatkan orang lain rasa janggal dengan dia. Wanita yg betul-betul solehah juga akan really make effort untuk menyampaikan dakwah kepada wanita lain dan bukannya berada dalam kelompok usrah mereka sahaja tapi turun berdakwah dengan kelompok yang sangat memerlukan pengisian rohani.
Bertudung singkat ke tudung labuh. Mengikhlaskan hati dan cuba sedaya upaya utk istiqomah dalam beribadat.

Jom sama-sama KEJAR SYURGA Allah ..
Hukum memakai tudung menampakkan dada adalah haram
Menurut Ustaz Kazim dalam ceramahnya, wanita yang memakai tudung tapi menampakkan dada, lengan dan berpakaian ketat adalah HARAM. Bertudung seperti itu dipanggil Tabarruj (fitnah).
Jika kita menolak konsep menutup aurat, itu akan menjadi sebab untuk kita masuk ke Neraka. nauzubillah min zalik. Sekarang ni dah terang la bahawa hukum memakai tudung pendek menampakkan dada adalah haram.
Jangan salahkan TUDUNG kalau akhlak seseorang tu buruk. Menutup aurat tu perintah Allah.. -.-
Baik atau jahat semua itu boleh diperbaiki kan..??

Wallahu a'lam..





Isnin, 16 September 2013

Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

Ciri-Ciri Suami Yang Soleh

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan
juga terhadap Allah S.W.T.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

Ahad, 8 September 2013

Pondok Baitul Qurro wal Fuqoha ❤
















 Bismillahirrahmannirahim .. Selawat atas Nabi Muhammad SAW ..

(اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم )

Alhamdulilah ya Allah . hari ini ana gembira dan bersyukur sangat Allah makbulkan niat hati ana ke baitul qurro wal fuqoha .. Dah lama ana nak pergi baitul qurro . syukur sangat ya Allah ..

"Allahumma yassir wala tu'assir." Ya Allah permudahkanlah, janganlah menyulitkannya.

 Al-fadhil Ustaz Zulkifli Ismail yang beri ceramah pagi tadi , Alhamdulilah sangat seronok dan mudah faham tentang hadis yang disampaikan oleh ustaz zul . Yang ana tertarik dengan ceramah ustaz adalah ustaz tak sangat fokus dalam buku , maka ustaz akan kaitkan dengan zaman Rasulullah dan Para sahabat2Nya . juga zaman sekarang . tue menyebabkan kita tak mengantuk  dan lebih faham yang disampaikan oleh ustaz ..
Ustaz suka sangat buat kelakar .. tue adalah satu ubat kita minat dengar ceramah . bagi ana lah ! hehe

Ustaz Zul : Hati orang mukmin seperti cahaya yang bersinar -sinar .
Hati yang baik maka baiklah akhlaknya dan sikap seseorang .
Penyakit hati , wajiblah sucikan dan bersih hati daripada dosa besar mahupun kecil .
Menutup aurat seperti pakai jubah , serban adalah sunnah Rasulullah SAW .
Iman perlu jaga , jangan dekat zina !
Sifat Mazmumah seperti darah di luka , kalau berzina seperti darah dan nanah di luka .
Meningkatkan Iman dapat manfaat kehidupan dan besar ganjarannya .

Itulah kata-kata yang ana ingat semasa ustaz bagi ceramah . Sungguh besar ganjaran yang diberi jika kita melakukan kebaikan . Kebaikan adalah mudah untuk kita pratikkan dan lakukan supaya kita menjadi muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT .. Semakin banyak kita melakukan ibadah , semakin Allah dekat dengan diri kita . Masyaallah ..

Semoga setiap minggu ana dapat lagi ikut kelas ustaz di baitul qurroo dan Inshaallah lepas exam bulan 11 nie ana nak daurah kat sana pulak . moga Allah permudahkan . Amneennn ya rabbi . Wallahu'alam bissawab.

Ahad, 1 September 2013

UIAM ❤

 Assalamualaikum . Alhamdulilah ana masih simpan gambar nie , hampir dua tahun gambar nie dalam my lappy .. kami pergi UIA kerana ada kursus penulisan bahasa arab dan inggeris .
Dengan izin Allah , ana dapat jugak join budak2 pandai . ana tahu ana tak ada la pandai .. yela time tue nak join benda nie tengok result ..
UIAM adalah universiti yang ana nak sangat belajar tapi tak ada rezeki kerana result ana ke arah akademik bukan arabic . tak po la . mungkin rezeki di tingkatan 6 .
Serius ana cakap , UIA Gombak sangat best dan indah kerana kita boleh belajar kesusahan untuk mengejar ilmu Allah . Allahurabbi . :)  sweet momentss 2011 ❤