Selasa, 30 Julai 2013

Sanah Helwah nabiha ❤


   Assalamualaikum , jazakillah Ya Allah ! 30 Julai 1994 adalah tarikh kelahiran ana . Ana Nur Nabihah sudah umur 19 tahun ! dah besar . hehe  Alhamdulilah , ana masih dipanjangkan umur dan mujahid di jalan Allah  . ameenn .  Hari ini , ana gembira sangat dengan sambutan kelahiran ana daripada Ibu & Abah , keluarga , sahabat terutama sekali bakal zaujiku . Syukran semua kerana ingat hari jadi ana . Walaupun dengan suara dan perkataan dalam fb, Twiiter & mesej yang sahabat ana wish . syukrann sangatt ! hehe semoga Allah merahmati kamu semua . ameen .





Alhamdulilah , waalaupun kek tak ada tahun nie . tapi ana syukur ana ada ibu , abah , family dan Allah yang masih menemani ana dalam segala rintangan . Ana tahu tanpa itu semua , ana tak akan sempurna menjadi wanita solehah di mataMu Ya Allah . Ana harap dengan 30 Julai 2013 bersamaan 21 Ramadhan 1434H , ana akan menjadi lebih baik dari sebelum ini dan mencari keredhaan Allah supaya ana terus tawaduk dengan kemanisan iman yang diberi Allah . Ana harap juga , ana tidak rasa penat mencari ilmu dunia dan akhirat kerana dengan ilmu kita akan menjadi orang berilmu dan tidak mudah ditindas dengan begitu sahaja . Kuat iman , kuat hati , Inshaallah Allah permudahkan walaupun ia berliku-liku perjalanannya untuk ke arah kebenaran .

Okay lah , Ana tak ada mood nak tulis panjang2 . mungkin emosi ana hari ini tak berapa sihat . hehe .

"Bila Allah SWT sedang menguji dengan pelbagai dugaan , jangan mengeluh . Ingat, Allah uji tanda Dia sayang . Allah sayang kita Nabiha . " ehemmm . 

Khamis, 18 Julai 2013

❤ A'mal Alfaqiratul iLALLAH ❤


Ana :  Assalamualaikum ustaz ! ana nak mahu tanya maksud b.arab kepada melayu .
         maklum lah , nabiha cepat lupa . hehe (malas nak buka google translate)
Ustaz : waslm . ye nabiha . Awak memang ! tanya la .
Ana : Apa maksud  "A'mal Alfaqiratul iLALLAH" ustaz ?
Ustaz : Beramal hamba yang lemah kepada Allah . AlFaqiratul bermaksud Faqir . :)
Ana : ooo , Syukran ustaz .
Ustaz : Afwan nabiha . Tingkatkan ibadah dalam bulan ramadhan ni nabiha .


Assalamualaikum " A'mal Alfaqiratul iLALLAH " my blog yang penuh watermelonn color pink . hehe
Alhamdulilah ana masih boleh meluangkan masa dalam blog yang masih baru dalam hidup ana . :)
Hari ini ana nak cerita sejarah " A'mal Alfaqiratul iLALLAH" .  A'mal Alfaqiratul iLALLAH bermaksud beramal hamba yang lemah kepada Allah . AlFaqiratul maksud fakir yang ditranslate oleh ustaz sekolah rendah ana .Hehe . Ana minat sangat dengan kata semangat yang selalu ana sebut dalam hati yang masih mujahid pada Allah dan mencari keredhaan Allah . Ana jumpa kata2 nie kat sebuah rakan facebook ana , walaupun ianya hanya status tapi kata-kata tue melekat dalam hati ana . hahaa . InshaaAllah ia mujarab dalam hati nie . Ameenn . :)

"Jika hati tidak diisi dengan kecintaan kepada Allah SWT pasti ia akan diisi dengan kecintaan selain kepada Allah SWT " (Ibnu Qayyim Al - Jauziah)

❤ Qannah itu sangat jauh untuk dikecapi tapi usaha dengan gigih untuk mengejarnya  ❤

"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi lebih baik maka ia akan diuji olehNya " (HR.Bukhari)

Semoga blog yang serba kurangan nie dapat meluangkan masa yang kosong dan share benda yang manfaat dalam diri ini dan orang yang membaca  . Syukran kerana sudi membaca ! hehe . HabluminAllah dan habluminannas . Jaga dua-dua ni , Allah sayang.  Manusia Sayang .❤  Dear future Muslimah , Jaga ikhtilat .Jaga Solat .Jaga Hati.Jaga Iman .Jaga Pemakanan .Jaga Kesihatan .Jaga Pandangan .Jaga hubungan dengan Allah . :)

Bismikallah allahumma ahya wa'amutuh ! . Assalamualaikum mujahid dan mujahidah



" Allahumma bariklana fii Syaaban wa ballighnaa Ramadhan .❤

Bismillah , selawat atas Nabi Muhammad S.A.W dahulu kerana di masyar nanti kita memerlukan syafaatNya . SolluAlanNabi . ❤

Alhamdulilah , hari nie 9 ramadhan bagi umat islam seluruh bumi Allah berpuasa . First , ana nak share history my life dalam bulan Ramadhan yang mulia nie . InshaaALLAH , apa yang ana share ada manfaat . ameen . Hari pertama ana berpuasa pada hari rabu , yeaaah hari puasa pertama Ketua Menteri Melaka bagi cuti . Alhamdulilahh , dapat berpuasa ngan family yang bahagia . hehe . tak de la rasa penat sangat , sekolah negeri lain sekolah ! melaka cuti . :)
Then , hari selanjut nya . Ana ponteng sekolah sebab pagi tue hujannn lebat sangat menyebabkan mata ana susah sangat nak buka . haha .

IBU : Tak sekolah adik (Ana) ?
Ana : Ibu , hujan laa ! tak nak sekolah bole tak (Buat muka sedih )
IBU : ye la , cakap ngan abah .
Ana : Abahh , hari nie org tak pergi sekolah . :)
Abah : ... @_@.. ( abah muka biasa je )
Ana : yeahhh , cutiiii ! haha .

Macam biasa pagi kemas rumah lah kerja nabiha . hehe . tak nak pergi sekolah kena lahh denda kannn ! hahah . petang tue , ana tolong ibu masak untuk berbuka puasa then ibu suruh amik cili hidup kat peti ais . jenggg jengg , ana terjumpa cili yang OKU tapi comeeyy . tgokk kat bawah nie .Comeyy kan . :)


Malam pulak ana pergi solat terawih ngan abah kat Masjid area rumah ana je . Alhamdulilah , terubat rindu solat berjemaah terawih dengan orang kampung . :) ramai juga kawan sekolah tadika dan rendah ana jumpa . Pada zaman Rasulullah , Masjid lah tempat umat islam berkumpul dan mencari ilmu . InshaaAllah dengan berkat bulan Ramadhan yang mulia nie , ana dapat berkat dan pahala berada di atas Masjid untuk kuat beribadah pada Allah . ameen Ya Allah ! Abah cakap , kalau kita berdoa pada sujud witir yang terakhir makbol doanya . InshaaAllah , ammeeen . :) hehe .

Kenapa digalakkan bersolat Tarawih secara berjemaah ? Sebab badan kita perlu dicas kembali setelah berpuasa daripada Subuh hingga Maghrib . Juga , tidak salah untuk bersolat tarawih bersendirian kerana Rasulullah juga melakukan solat tarawih secara bersendirian pada mulanya . :) Jangan lah kita rugikan diri kita untuk tidak terawih berjemaah pada bulan ramadhan yang penuh kemuliaan .. NO alasan NUR NABIHAH untuk tidak terawih okay . hehe . (NOte Dalam Bilik ) .

Tarawikh, do it constantly, and it will become a habit. We are reaching the first 10 nights of Ramadan.Whoever did tarawikh and tadarus every
day since the first night will now get used to it. May the habits stay with us forever, insyaallah.






Rabu, 17 Julai 2013

Bismillah . ❤


10 surah dalam AL QURAN dapat mencecah 10 perkara :

1. Surah Al- Fatihah - mencegah kemungkaran Allah
2. Surah Yasin - mencegah kehausan di hari kiamat
3. Surah Ad-Dukhan - mencegah kesusahan di hari kiamat
4. Surah Waqi'ah - mencegah kefakiran
5. Surah Al-Mulk - mencegah seksa kubur
6. Surah Al-kautsar -mencegah pemusuhan
7.Surah Al-Kafirun -mencegah kekufuran ketika di cabut roh
8. Surah Al-Ikhsan -mencegah kemunafikan
9. Surah Al-Falaq - mencegah iri hati seseorang
10. Surah Al-Nas - mencegah was-was .

Selamat Beramal !!  Bila ana diberikan pilihan senang atau tenang , ana lebih memilih ketenangan kerana dalam ketenangan itu pasti ada kesenangan . inshaaALLAH . :)  Ganjaran membaca Al-Quran satu huruf bersamaan dengan 10 pahala membaca "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" saja sudah mendapat 190 pahala . SubhanaAllah .



      ❤ AL QURAN is my Inspiration ❤










Selasa, 16 Julai 2013

Ahlan wa sahlan my blog . ❤

Assalamualaikum my new diary ! Alhamdulilah , 17.7.2013 (12.30 AM)  my blog open to my life until jannah . InsyALLAH  . :)  Ismi Nur Nabihah Abd Rahman , ana asal dari Melaka . Umur ana baru 19 tahun , insyALLAH 30 julai genap la . ameenn . Ana belajar di Program Persediaan Universiti SMK Seri Tanjong ,Melaka . Alhamdulilah , ana di takdirkan mengambil cos perniagaan ! Then , subjek pilihan Sejarah , Bahasa Melayu , dan Pengajian Am so 4 subjek yang diambil oleh ana . haha . . My abi name is Abd Rahman Leman and my ummi Asna Hussin . My sibling , Azrina (Along) , Mohd Izzat (Angah) , Ana (kak cik) , and Nur nadhirah (busu) . Ana sayang sangat kat mereka erat2 . ❤

Okay la , sudah hampir pukul 1 AM ana mahu tidur .. esok sekolah lee . haha . Insyallah , ada masa ana akan luangkan masa dalam my bucuk diary ea . Bismikallah allahumma ahya wa'amutuh . . Al-Mulk jom !
(Nawaitu, saumaghadin, an ada'in fardhi syahri ramadhana hazihisanati lillah hi ta'ala._) Assalamualaikum mujahid dan mujahidah


Assalamualaikum mujahid dan mujahidah