Selasa, 30 Julai 2013

Sanah Helwah nabiha ❤


   Assalamualaikum , jazakillah Ya Allah ! 30 Julai 1994 adalah tarikh kelahiran ana . Ana Nur Nabihah sudah umur 19 tahun ! dah besar . hehe  Alhamdulilah , ana masih dipanjangkan umur dan mujahid di jalan Allah  . ameenn .  Hari ini , ana gembira sangat dengan sambutan kelahiran ana daripada Ibu & Abah , keluarga , sahabat terutama sekali bakal zaujiku . Syukran semua kerana ingat hari jadi ana . Walaupun dengan suara dan perkataan dalam fb, Twiiter & mesej yang sahabat ana wish . syukrann sangatt ! hehe semoga Allah merahmati kamu semua . ameen .





Alhamdulilah , waalaupun kek tak ada tahun nie . tapi ana syukur ana ada ibu , abah , family dan Allah yang masih menemani ana dalam segala rintangan . Ana tahu tanpa itu semua , ana tak akan sempurna menjadi wanita solehah di mataMu Ya Allah . Ana harap dengan 30 Julai 2013 bersamaan 21 Ramadhan 1434H , ana akan menjadi lebih baik dari sebelum ini dan mencari keredhaan Allah supaya ana terus tawaduk dengan kemanisan iman yang diberi Allah . Ana harap juga , ana tidak rasa penat mencari ilmu dunia dan akhirat kerana dengan ilmu kita akan menjadi orang berilmu dan tidak mudah ditindas dengan begitu sahaja . Kuat iman , kuat hati , Inshaallah Allah permudahkan walaupun ia berliku-liku perjalanannya untuk ke arah kebenaran .

Okay lah , Ana tak ada mood nak tulis panjang2 . mungkin emosi ana hari ini tak berapa sihat . hehe .

"Bila Allah SWT sedang menguji dengan pelbagai dugaan , jangan mengeluh . Ingat, Allah uji tanda Dia sayang . Allah sayang kita Nabiha . " ehemmm . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan